Saturday, March 31, 2012

REVIEW: SIDANG SUSILA (NASKAH KOMEDI DAN CATATAN PERIHAL RUU PORNOGRAFI)



Buku setebal 120 muka surat karya Ayu Utami ini aku temukan di Pekan Frinjan semalam. Ia dibahagikan kepada tiga bahagian: Sidang Susila, Lampiran Dua RUU Hal Pornografi dan Nota Ketidaksepahaman Tentang RUU Pornografi.

Bahagian pertama iaitu Sidang Susila adalah merupakan skrip pementasan teater yang berg-genre komedi dari Ayu Utami. Watak-watak bagi teater ini terdiri dari Susila, Pak Hakim, Bu Jaksa, Bu Pengacara, Tukang Celetuk dan Tukang Celetuk 2. Ia mengisahkan Susila Parna atau nama sebenarnya Susilo Parno yang ditangkap atas tuduhan melanggar akta pornografi dan pornoaksi. Dia ditangkap hanya kerana menanggalkan baju ditempat awam dan dibicarakan di mahkamah. Sarat dengan komedi dan sindiran terhadap akta ini.

Bahagian kedua pula adalah Lampiran Dua RUU Hal Pornografi. Ia merupakan lampiran lengkap dari Dewan Perwakilan Rakyat Republik Indonesia tentang akta ini.

Manakala bahagian terakhir iaitu Nota Ketidaksepahaman Tentang RUU Pornografi adalah merupakan artikel-artikel yang telah ditulis Ayu Utami dikolum-kolumnya. Bahagian ini memuatkan beberapa artikel tentang komen dan pendapatnya tentang akta ini.

Kesimpulan: buku ini merupakan komedi sindir ringan dan mampu membuat anda tersipu-sipu malu.

Wednesday, March 28, 2012

JIRAN SAYA

Kadang-kadang aku cemburu juga melihat Johny. Jiran sebelah kanan selang dua rumah. Kerja tidak. Belajar jauh sekali. Tapi makan pakai cukup. Kalau lapar makan. Kalau bosan keluar jalan-jalan. Kalau malas tidur. Malam pula berembun dengan rakan-rakan. Tapi agak celaka juga kalau aku balik lewat malam kena kacau dengan mereka. Dasar hero kampung. Gampang betul!

Kadang-kadang aku risau juga bila dia melepak dekat-dekat sini. Itu hari selipar berjenama Crocs teman serumah aku hilang tanpa dikesan. Bila difikir-fikir apa-ke-jadah Johny nak rembat. Tak kan nak bagi makwe pula. Kalau kasut Supra boleh juga jual dekat Fesbuk. Tapi kalau dah sampai turun taraf pakai Flipper mau tak menyirap member.

Malam pula aku cukup menyirap bila ada jenis yang tak reti duduk diam. Selalu potong stim bila aku sedang berzina dengan buku. Menyewa dikawasan kampung inilah masalahnya. Rumah tak ada pagar. Nak ke kampung sebelah ikut jalan pintas katanya. Jadi tepi tingkap rumah aku jadi laluannya. Risau juga ada mata mengendap.

Tapi fikir-fikir balik tak apalah. Johny kan anjing. Dia dan tuan dia pun tak tau aku panggil dia Johny.

Sunday, March 25, 2012

PROMOT: KEDAI HITAM PUTIH

Malas pula aku nak review kedai ni. Usha sendiri gambar-gambar dekat bawah ni. Bak kata tuan kedai, siapa beli buku dekat kedai dia, dapat layan tarian naga free.

Blog: http://www.thekedaihitamputih.blogspot.com/
Fesbuk : http://www.facebook.com/profile.php?id=1601921337


Biodata diri.


Sebuah kedai dari negeri matahari terbit.


Antara deretan majalah URTV dan Mangga isu lepas.


Tetralogi Buru atas kiri.


Buku-buku Fixi.


Model kedai yang agresif tapi manja.

REVIEW: ANAK SEMUA BANGSA (TETRALOGI BURU #2)



Buku kedua dari Tetralogi Buru. Setelah Annelies dibawa ke Nederland, Nyai telah memerintahkan Panji Darman untuk mengikuti memandangkan Nyai dan Minke dikenakan tahanan rumah. Diatas kapal, Panji Darman berjaya merapati Ann dan menjalankan amanat Nyai supaya menjaganya. Melalui surat dia terus menerus melapor perkembangan Ann kepada Nyai dan Minke. Sehinggalah pada satu hari dia memberitakan kematian Annalies.

Kesedihan ini telah membawa Minke dan Nyai kepada keluarga Sastra Kassier iaitu abang Nyai. Sebelum itu Jean Marais terus menerus memujuk Minke supaya menulis dalam bahasa Melayu. Disana, Minke secara tidak sengaja bertemu dengan Trunodongso, seorang petani yang sedang dicabul hak dan tanak miliknya. Demi membuktikan pada Jean dan Kommer bahawa dia boleh menulis dalam bahasa Melayu, Minke cuba menulis kisah pencabulan hak Truno. Namun tulisannya ini dibidas Nijman, yang ternyata membidas Minke membuat tuduhan tanpa bukti melalui tulisannya. Dan ternyata koran itu dibiayai untuk kepentingan syarikat gula yang cuba dilawannya. Malah dia cuba mengaitkan Minke dengan Khouw Ah Soe, seorang aktivis pergerakan Tionghoa. Dari Nijman dan Trunodongso terbongkar bahawa modal dan kekayaan keluarga Nyai selama ini merupakan hasil penindasan petani miskin tersebut.

Setelah kedatangan keluarga Trunodongso menemui Minke dan Nyai untuk mendapatkan perlindungan, Nyai memerintahkan Minke sepaya berangkat ke Betawi untuk melupakan segala keperitan dan melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan. Tetapi ketika kapal berlabuh di Semarang seorang polis membawanya kembali ke Wonokromo, rumahnya. Berbagai perkara berlaku dalam masa yang singkat memaksa Nyai memanggilnya pulang. Robert Mallema meninggal kerana penyakit berjangkit dari pelacur yang dilanggannya. Dia sempat mengutuskan surut maaf kepada Nyai, Minke dan Ann, dan menerang letak duduk perkara sebenar. Malah dari suratnya juga menyatakan dia mempunyai anak luar nikah dengan Minem, pekerja Nyai. Perbicaraan diteruskan dan ternyata semua hak keluarga Mellema tetap menjadi milik anak sahnya Maurits Mellema. Semasa kedatangan Maurits, Nyai, Minke, Jean, Kommer dan Darsam telah menyambutnya dengan sebuah 'pesta'.

"Kehidupan ini seimbang, Tuan. Barangsiapa hanya memandang pada keceriannya saja, dia orang gila. Barangsiapa memandang pada penderitaannya saja, dia sakit" ― Pramoedya Ananta Toer (Anak Semua Bangsa)

Tuesday, March 20, 2012

REVIEW: BUMI MANUSIA (TETRALOGI BURU #1)



Buku pertama dari Tetralogi Buru karya agung Pramoedya Ananta Toer. Watak utama buku ini adalah Minke, seorang Pribumi, Jawa yang berpendidikan Eropah. Pada satu hari Minke dibawa temannya, Robert Suurhoft ke rumah Robert Mallema, seorang kenalannya. Dirumah itu juga tinggalnya seorang wanita hebat yang akhirnya sangat dikagumi Minke dan seorang bidadari; Nyai Ontosoroh dan Annelies. Ajakan itu pada mulanya sekadar untuk menunjuk-nunjuk akan bidadari pujaan hati Robert Suurhoft. Namun keadaan berlaku sebaliknya apabila Annelies mula terpikat pada Minke dan membawa kepada ciuman ketika mereka keluar bersiar-siar. Sejak pada itu Ann seolah-olah tersihir dengan Minke.

Nyai menghantar surat kepada Minke melalui orang suruhannya Dalsam memintanya supaya berkunjung melawat mereka sekaligus tinggal disana. Keputusan Minke untuk tinggal dirumah seorang gundik ternyata membawa kemurkaan kepada ayahnya. Namun semasa hari pertabalan ayahnya sebagai bupati, segala kemurkaan itu seolah-olah padam setelah Minke mendapat pujian Tuan Assisten Residen kerana kelancaran ketika menjaga penterjemah ketika upacara tersebut. Hubungan Minke dan Ann ternyata tidak disenangi Robert yang dalam diam mencintai bidadari itu. Hasil fitnah dan cerita yang dijajanya menyebabkan Minke dibuang sekolah. Namun dengan usaha gurunya, Magda Peter dia diterima kembali dan lulus sebagai pelajar terbaik.

Setelah lulus, Minke berkahwin dengan Ann atas dasar cintanya pada bidadari itu sekaligus menutup mulut orang ramai akan hubungannya dengan keluarga nyai tersebut. Namun ketakutan mereka akhirnya menjadi kenyataan setelah kematian Tuan Mallema apabila anak lelaki Tuannya dari perkahwinan yang sah menuntut hak. Nyai ternyata tidak mempunyai kuasa apa-apa memandangkan hubungannya hanya sebagai gundik dan tuan. Segala perusahaan yang diusahakannya dengan penat lelah selama ini hilang begitu sahaja malah anak perempuannya sendiri dinafikan sebagai haknya mengikut pengadilan Eropah yang ternyata menindas pribumi.

"Kau terpelajar, cobalah bersetia pada kata hati" - Pramoedya Ananta Toer

Friday, March 16, 2012

REVIEW: ASAL USUL SOSIAL GOLONGAN KIRI MELAYU



Buku ini berasal dari latihan ilmiah yang dikemukakan Allahyarham Rustam A.Sani sebagai syarat memenuhi Ijazah Sarjana Sastera nya. Edisi ini merupakan terjemahan dari buku asal bertajuk 'Social Root of the Malay Left' yang diterbitkan pada 2008. Para sejarawan telah setuju bahawa gerakan politik di Malaya terbahagi kepada 2 jalur yang berbeza, kiri dan kanan. Buku ini secara khususnya menekankan asal usul parti politik kiri Melayu yang pertama ditubuhkan pada tahun 1938 iaitu Kesatuan Melayu Muda. Buku ini turut mengupas keadaan sosial sebelum dan selepas penubuhan KMM. Elemen-elemen pembentukan KMM dapat dilihat telah berulang dalam pembentukan parti politik kiri lainnya seperti PKMM, PRM, PSRM, PRM dan malah PKR. KMM dilihat membawa ideologi pan-Indonesia atau Melayu Raya untuk menjaga hak-hak dan kepentingan orang Melayu dari kaum imigran. Perbezaan besar yang dapat dilihat antara 2 jalur nasionalis ini adalah apakah jenis 'negara' Melayu yang mahu diwujudkan.

Thursday, March 15, 2012

REVIEW: TOE LIVE IN MALAYSIA (14/3/2012)









Hanya ada satu kata: awesome!

Monday, March 12, 2012

REVIEW: AKU (BERDASARKAN PERJALANAN HIDUP DAN KARYA PENYAIR CHAIRIL ANWAR)



Hari ini merupakan kali ketiga aku membaca buku senario filem dari Sjuman Djaya ini sejak mendapatkannya beberapa tahun lepas. Buku ini agak istimewa bagi aku mungkin kerana ia menceritakan kisah hidup individu yang aku kagumi, atau mungkin juga kerana buku ini pernah muncul didalam filem Ada Apa Dengan Cinta. Aku rasa kedua-duanya. Buku ini sebetulnya sebuah plot filem tanpa dialog penuh yang ditulis pengarang, tetapi tanpa sempat difilemkan. Ia menceritakan tentang kisah hidup Chairil Anwar dan karya-karyanya. Kelahiran puisi 'Aku' begitu mengangkat hidup Chairil sehingga beliau dikenali ramai pada ketika itu. Disebabkan puisi itu juga beliau ditahan dan diseksa penjajah kerana semangat revolusi pada ketika itu begitu ditakuti mereka. Orang-orang datang dan pergi dalam hidup beliau dan beliau tetap Chairil Anwar yang sama; lelaki angkuh bermata merah. Namun begitu, meskipun susuk ini terkenal namun akhirnya dia gugur seorang diri didalam bilik yang pengap dan berbau mati!

Aku mau hidup seribu tahun lagi!

Wednesday, March 7, 2012

REVIEW: PUNK ROCK: DISEBALIK FESYEN DAN MUZIK BISING



Buku ini gua baca ketika baru keluar itu hari. Hari ni baru rasa macam nak review sedikit. Buku hasil usahasama Dhani dan Nizang ini diterbitkan dibawah Papakerma Press, Deleted Books dan Kolektif Kaki Ketik ini diberi publisiti besar-besaran sebelum pelancarannya. Ketika zaman kegemilangan zine dahulu, part yang paling gua suka baca adalah bila penulisnya bercerita tentang pengalaman hidup. Jadi bila gua dengar Dhani nak terbitkan buku yang berkisarkan pengalaman hidup mereka yang bergelar punk beberapa purnama dahulu, gua jadi sedikit teruja menanti. Buku ini menampilkan 10 tulisan dari penulis-penulis zine handalan dan ahli-ahli band rockstar Malaya antaranya Din Root, Zaki, Nizang Mosh/Dum Dum Tak dan Dhani sendiri. Ada tulisan yang bagus dan menarik bagi gua dan ada pula yang terlalu meleret-leret tanpa ada pembukaan, isi dan penutup. Ada bercerita tentang pengalaman dan influence masing-masing dalam scene Punk/Hc. Ada pandangan-pandangan bernas tentang sesuatu isu dan mengaitkan dengan pegangan seorang punk. Dan mereka juga ada menyatakan pandangan dan harapan tentang scene punk/hc dalam beberapa tahun mendatang. Keseluruhannya buku ini bagus-bagus sahaja bagi gua, dan oh ya mengingatkan gua tentang zaman-zaman stem recycle. Keh keh keh.

Tuesday, March 6, 2012

TOE LIVE IN KUALA LUMPUR



Date : 14th March 2012 (Wednesday)

Time : 8.00PM

Venue: Bentley Music Auditorium

Jaga-jaga! Lagi berapa hari je ni!

Monday, March 5, 2012

KAU DAN AKU

Aku : Beb, andai aku sudah tiada nanti, kau akan rindu aku tak?

Kau : Mungkin.

Aku : Beb, terima kasih tau sebab hadir dalam hidup aku.

Kau : Sama.

Aku : Beb, kau tau tak...

Kau : Apa lagi kau ni?!

Aku : Kalau aku diberi pilihan antara kau dan KLCC, aku pasti pilih kau.

Kau : Babi!

Friday, March 2, 2012

REVIEW: MENGADILI KORBAN: PRAKTEK PEMBENARAN TERHADAP KEKERASAN NEGARA



Buku tulisan Samuel Gultom ini menceritakan akan salah guna kuasa oleh pihak berkuasa dan pemerintah untuk mengadili musuh-musuh politiknya. Sejak kemunculan Orde Baru di Indonesia, para korban atau pesalah politik selalu diadili dimuka pengadilan, bahkan ada yang ditahan tanpa diadili. Dan yang menariknya, korbanlah yang diadili bukannya pelakunya. Ini kerana pelakunya adalah pemilik kuasa dan undang-undang. Korban ini pula selalunya adalah mereka yang dikatakan sebagai mereka yang menggugat kedudukan pemerintah, bukannya yang mengancam keselamatan rakyat. Antara peristiwa yang diceritakan kembali dalam buku ini ialah Peristiwa Tanjung Priok, Insiden Santa Cruz, Kasus Kedung Ombo, Kasus Marsinah dan kekejaman yang dilakukan terhadap anggota PKI. Mereka ini diculik, ditahan, dimalukan, didera serta dipaksa mengakui kesalahan yang dipertuduhkan terhadap mereka semata-mata kerana ketakutan pemerintah terhadap suara rakyat.