Saturday, January 23, 2010

AZAM BULAN FEBRUARI GUA

ini bulan gua penat. penat kepala. penat badan. lepak bertambah. tidur berkurang. minah kilang dah tunggu bas. gua baru sampai rumah. letih. tiap-tiap hari. gua dah pasang azam untuk bulan depan. lepak kurang. tidur 8 jam. balik sebelum pukul 12 tengah malam. satu lagi gua nak jadi kan belajar sebagai hobi gua. seyes shit!!!

ok sampai sini dulu entri kali ni. enset berkamera model terbaru gua baru je bunyik. ada jemputan lepak.


gua, brader kojek ngan mus tengah bincang cara mengurangkan lepak.



mencari cinta di pantai kelanang.

Wednesday, January 13, 2010

MONO LIVE IN MALAYSIA



ari lu jangan buat tak jadi plak. gua dah beli baju baru nak lepak pekena teh tarik ngan diorang 30 haribulan ni.

Wednesday, January 6, 2010

PENGALAMAN TELUR SAYA DI HUJUNG TANDUK

alkisah suatu ketika gua menginap di pulau pinang dahulu gua punya satu hobi. hobi untuk orang penyabar macam gua. memancing. kalau bukan sebab pais gua rasa gua tak kan mancing lagi. tiba-tiba je datang gila nak mancing. gua syak pais kena santau ikan ngan bibik sebelah rumah gua. memang masa zaman kanak-kanak dulu orang kampung gua tak boleh nafikan yang gua memang champion dalam bidang perikanan. tiap kali gua keluar pikul joran mesti mak gua tak payah beli ikan untuk seminggu. mancing keli dapat ular, mancing udang dapat buaya, masuk pasir jerlus time cari lubuk, jatuh lubuk kena tarik ikan besar budak darjah 3, semua gua da lalui.

mula-mula kitorang try kat belakang safira sport planet. macam gampang. sungai macam tempat pelupusan sampah. lepas tu try kat kat pantai bersih, try kat port penang. tepi rail kereta api kontena. langsung tak mencabar kekuatan gua. jatuh reputasi gua angkat gelama besar 3 jari. kami tukar port lagi. kali ni ke bagan. muara. mancing atas jambatan rail kereta api. gampang cari maut. port paling horror pernah gua sampai. dah la malam. rail tinggi rumah 2 tingkat. paling gampang kat tengah-tengah ada jambatan. kecut telur time lalu kat situ sebab boleh tengok terus ke bawah. kalau kereta api lalu, hulur tangan kompem putus. sebab jarak gua mancing ngan rail hanya beberapa inci je.

setelah dirasakan ilmu telah menebal didada kitorang wat keputusan nak try bawah jambatan pulau pinang. mamu selaku warga pulau pinang yang mengesyorkan. setelah persiapan rapi dibuat petang tu kitorang bertolak keseberang ngan kereta ari dan zack. sebelum tu kitorang dah deal siap-siap dengan abang mat tokey bot. disebabkan kitorang nak mancing sampai kemalam maka kiotrang terpaksa bayar rm15 untuk satu kepala. masing-masing mula sorok kepala-kepala yang tak berkenaan.

kitorang mintak abang mat hantar ketiang tengah. tapak tiang tu gua agak ada lebih kurang 3m x 10m. kat tengah-tengah ada 3 atau 4 batang tiang besar 2 pemeluk. nak main futsal pun boleh. siap ade notis larangan mancing. gua bakar okok sebatang bagi nampak abang-abang ketika pasang joran. pasang umpan, baling dengan bergaya ketengah lautan. gua lepak sandar kat tiang pung pang pung pang. kat atas, semua jenis kenderaan dok lalu lalang. kalu jambatan runtuh kompem hempap kepala gua. tak sampai malam lagi bekas polisterin dah sampai separuh. gua syak tengah malam nanti hasil tangkapan mesti melimpah ruah.

lebih kurang pukul9 angin start bertiup kencang. gua rasa tak sedap ati sebab jari gua tercucuk mata kail ketika pasang umpan. tak banyak cakap hujan turun lebat gila. yang tak syok nya angin turut bertiup garang. kejap je dah jadi ribut. gua tengok muka masing-masing pucat macam mintak pelempang. semua duduk rapat-rapat berlindung sebalik tiang. basah kuyup kena tempias. amir buat-buat tenang bakar okok cover takut. tengah ribut menggila kitorang kat bawah jambatan. angin kuat gila. air makin naik. cilaka. mau tak kecut. dalam kepala gua mula terbayang peristiwa tsunami. mula teringat Tuhan. teringat dosa. teringat mak bapak. gua berdoa dalam ati. mintak jauh malapetaka. dalam kepala, gua syak gua mati aritu!!

lebih kurang pukul11 hujan berenti. ribut pun dah tak de. lama jugak kitorang menggigil kat tengah-tengah lautan tu. abes jari ngan konek mengecut. cilaka! sebatang okok kemudian abang mat sampai dengan bot nya membawa sinar harapan.


petang sebelum telur saya dihujung tanduk

Tuesday, January 5, 2010